Followers

ENTRI TANPA TAJUK TAPI BERMOTIF

Tuesday, July 28, 2009 / Posted by Muhammad Danny /

11.59pm.. G2 101..

Hari ny hari selasa, dan akan menjadi hari yang cukup memenatkan sepanjang sem ny..
Bukan selasa jek, tapi isnin dan rabu sekali..
Jadual kuliah + tutorial yang terlalu nak kosongkan khamis dan jumaat memang parah..
Kawan2 semua xnak ganggu 'cuti' dan lebih rela terseksa diawal minggu..

Hari ny ak nampak kerapuhan dalam persahabatan..
Ak akur dengan kenyataan 'makin kita nak rapat, makin kita akan berjauhan'..
Kalau x percaya, cuba korang nilai persahabatan korang..
Tidak mudah memuaskan hati semua pihak, tapi tidak salah mencuba..

Hari ini ak nampak ap erti kesabaran apabila dikutuk dan disindir..
Orang selalu kata "sekali dua, ak leh terima.. kalu dh masuk kali ke 3, jgn arap ah"..
Tapi ap yang ak belajar, "biarlah ap dy nak buat pon, lambat laun dy akan sedar lesilapan dy"..
Bila org buat jahat ngan kita, jangan melawan atau membalas..
Tapi seeloknya kita menepis supaya tidak memudaratkan diri..
Jika betul kita mahu memberikan pengajaran, jangan sesekali melakukan perkara yang sama..
Biarkan dia nescaya suatu hari nanti dia akan mendapat petunjuk untuk berubah..

Ak ad seorang kawan yang suka mengata dan mencarut bagai..
Bila kita tegur, dia marah balik..
Bila kita kecik ati, makin menjadi dia mengutuk..
Bila kita marah, makin dia suka..
Penyelesaian terbaik adalah dengan mendiamkan diri..
Tidak berguna jika menegur jika perkara menjadi buruk..

Ak cukup kenal akan perangai serta sikap dia [tidak pasti mengenai sifat]..
Jika dahulu pernah sekali dua dia meminta maaf, tapi kali ini dia mengulanginya lagi..
Xpe2, suatu hari nanti bila dia diperlakukan sedemikian, mesti dai paham..
Kerana manusia tidak akan faham selagi tidak melaluinya..
Ak pernah lakukan pada orang, dan sudh tiba masa untuk berubah..

Hari ini ak nampak kepalsuan dalam persahabatan..
Boleh bertanya khabar dan bertepuk2 bagai, tetapi hati tidak pernah ikhlas..
Di hadapan dia berkata lain.. Di belakang dia berkata lain..
Mungkin itu lumrah manusia kerana terlalu takut untuk berdepan dengan kenyataan..

Ak ad seorang kawan yang kian hari dibenci serta diperkatakan mcm2..
Seolah2 apa yang dia lakukan salah semata2..
Seolah2 dia itu seorang maksum yang tidak lari dari kesalahan..
Tapi ak muskyil mengapa dia menjadi bahan kutukan kawan2 sendiri..
Sedangkan dihadapan bukan main baik lagi..
Sedangkan ad nama gelaran masing2..
Kita mengaku dia sebagai kawan, tapi kesilapan dia yang kecil kita kecohkan satu sem..
Kita sedar tidak ap yang kita lakukan??
Hurm.. Xpe2, mungkin mereka tidak faham akan erti seorng kawan lagi..

Kawan2..
Kita berkawan tapi kita berlakon..
Kita berbaik sedangkan kita benci..
Adil tidak untuk mereka yang betul2 mahu berkawan??
Kita nilai balik di mana kita berada dan bagaimana jika kita yang diabaikan..
Jangan kita bongkak ego riak dengan apa yang kita ada..
Esok lusa kita menangis menyesal dengan tindak tanduk sendiri..

Kawan2..
Memang mulut kita tanggungan kita.. Perilaku kita dosa kita..
Tapi ingat bahawa kita menyampai, yang menerima itu marah..
Kita suka tapi mereka tidak..
Kehidupan bukan seorang diri tapi berkelompok dan bermasyarakat..
Harus ada nilai2 untuk memahami antara satu sama lain..
Jika kita tidak fikir untuk orang lain, ak khuatir kita diabaikan kelak..
Hari ini kita seronok gelak tawa riang melakukan..
Esok lusa kita sakit hati benci menyampah dengan ap yang pernah kita lakukan..

Kawan2..
Kawan itu ibarat cermin kata seorang sahabat ak..
Tap cermin ini tidak menunjukkan keburukkan kerana ianya tidak ad pembiasan objek..
Cermin ini harus bersuara supaya kawannya tahu akan kesilapannya..
Tidak adil kita menarik muka masam tanpa memberitahu kesilapan pada asalnya..
Tidak adil kita membincangkan di kedai makan tanpa dia mengetahui perkara sebenar..
Antara berkawan serta mengutuk dan putus dan senyap, ak lebih rela yang kedua..
Kalau betul dia kawan kita yang pernah sekali kita berpenat lelah bersama, fikirkan sejenak..

Kawan2..
Jika kamu membaca entri ini, ambil iktbar serta pedoman..
Ak tidak sehebat kamu yang berada diluar atau yang disekeliling ak..
Tapi ak suka untuk menulis dari memendam seorang diri tanpa diketahui sape2..
Jika apa yang aka katakan ini benar, apa salahnay mengenepikan ego demi kebaikan..
Jika apa yang aku katakan ini salah, apa salahnya menegur demi kebaikan ak..
Semoga kamu semua sihat2 belaka dibumi nyata tanpa melupakan yang lain..
Andai diri ini ada silap tutur kata bicara, ampuni dari hujung rambut hingga jari kaki supaya tidak terlewat dimakan dek usia..

Salam.. Sekian..

8 comments:

Comment by yoro okino on July 30, 2009 at 12:04 AM

biasa ler member..
plastic jer lebih..

Comment by Muhammad Danny on July 30, 2009 at 12:29 AM

huish2..
x sume member cm 2 ah..
ad yang konon2 plastik..

tapi yang pasti, mesti ad sebb dorang buat cm 2..
ad kala kita yang salah tapi kita xnak ngaku..
ad kala kita betul tapi cara kita salah..

kalau sume manusia leh lihat dari aspek kebaikan, xkn ad lagi salah sangka n sakit ati..
tapi kalu manusia asek melihat dari keburukan, smpi bila kita xkn aman..

tapi ini sume pandangan dan mungkin juga utopia..
jika ianya benar, amik iktibar..
jika ianya salah, mohon diperbetulkan..

Comment by saya.L-A-N-N on July 30, 2009 at 10:08 AM

sesungguhnya, apa kita buat semua lom tentu leh memuaskan hati semua pihak :)

Comment by Mahmood on July 30, 2009 at 4:34 PM

Hi! Your blog is very nice. The images are very beautiful. God is Great. Best wishes.

http://www.thedynamicnature.com

Comment by Muhammad Danny on July 30, 2009 at 5:11 PM

[lann]
stuju ngan statement anda..
tapi jgn jadikan 2 alasan..
malah jadikannya sbg cabaran..
cabaran yang mematangkan sekaligus mengajar erti kehidupan..
susah memang sush, tapi berbaloi tiada siapa yg tau..

[mahmood]
Praises 2 Allah.. Thanks 4 d compliment..
visited ur site, not bad..
great job ahead..

Comment by hajar hairi on July 30, 2009 at 6:01 PM

haish~~
ko nh banyak sangat lah masalah kawan
maybe ko nh terlalu banyak pk..
ce ambil ringan je
mane tau ko akan berkawan dgn gumbira
sbb yg penting..ko masih ade kawan~~ =)

Comment by littleaya on August 2, 2009 at 1:35 PM

kawan...
ade mcm2 jenis..plastik ade..mcm kayu pon ad..hihi
tp setiap pertemuan kita dgn mereka..mesti ad tujuan dan objektif yf tersirat ..
samada utk mengambil pengajaran..
atau memberi pengajaran.. =)

Comment by Muhammad Danny on August 3, 2009 at 11:22 PM

[hajar]..
bukan pe aw..
bila ak pkir, org kata ak banyak sgt pkir..
bila ak lite2 jek, org kata ak abaikan..
kadang rasa cm benggang gak..
manusia suka blame tanpa tahu asal usul..
perasaan ak diletak tepi..
perasaan dorang yang dijaga..
mungkin ramai yang x paham lagi kot..
hurm..
tapi ap pon, thanks sebb bg nasihat..
satu ari nanti ak akn berubah gak..
tapi harap kearah kebaikan.. iA..

[littleaya]
thats so true..
mesti ad pengajaran yang kita akan dapat..
ak dh banyak belajar..
dn sudh tiba masa tk mengajar..
thanks 4 dropping by..

Post a Comment