Followers

KEMATIAN | TIPS-TIPS MENGHAMPIRINYA

Friday, May 22, 2009 / Posted by Muhammad Danny /

12.41am.. 22|05|2009.. G1 203..

Skang nga buat reading sal Kekebalan Raja lagi..
Tapi terjumpa lak satu page ny yang cakap sal kematian..
Maka ini la hasil 'taip' semula dari page dy..
Agak panjang yer bagi mereka yang tidak suka post panjang2..[Achap la ny!!!]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-| TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI |-
Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambaNya
dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya..

Walau bagaimanapun, semua orang Islam
akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sedar sahaja..

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas Asar..
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil..

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka
yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,
tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat..

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini,
maka ini adalah peluang untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati..


-| TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI |-
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar..
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut..
Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang terletaknya diatas Arash Allah swt..

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut
dan mula membuat persediaan keatas kita..
Antaranya adalah ia akan menikuti kita sepanjang masa..

Akan terjadi, malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu..
Dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasa binggung seketika..

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang,
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..


-| TANDA 7 HARI SEBELUM HARI MATI |-
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan,
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan..


-| TANDA 3 HARI SEBELUM HARI MATI |-
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi,
iaitu diantara dahi kanan dan kiri..

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu,
supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis,
dan ini akan memudahkan urusan orang yana akan memandikan kita..

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi..
Dan bagi orang yang sakit hidungnya, akan perlahan-lahan jatuh,
ini dikesan jika dilihat dari bahagian sisi..

Telinganya akan layu dimana bahagian hujung akan beransur masuk kedalam..

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan..


-| TANDA 1 HARI SEBELUM HARI MATI |-
Akan berlaku sesuatu di waktu Asar,
dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun,
dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui Asar keesokan harinya..


-| TANDA AKHIR |-
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum..

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan bediam diri
dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan kita..


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud..
Cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini..

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah swt,
semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah swt
yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini..

Seoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang..

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah swt
yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih
boleh diubah dengan amalan doa samada dari diri sendiri
ataupun doa dari orang lain..

Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata..
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa
semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt
serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran
dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah swt..

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt,
dan apa yang salah dan silap dari kelemahan manusia sendiri..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haa...
Kawan2 sume..
Check balik segala amalan mulai skang..
Yang mana yang takat cukup syarat, buat la bonus2 sket,,
Banyak yang kita leh buat, kita jek yg slalu nafikan sume 2..

Xd sorang pon yang nk perg dlm keadaan yang sush..
Tapi setiap kebaikan yang hendak dicapai, mesti ad usaha disebaliknya..

Ak xd la baik sgt smpi nk bagi tazkirah atau nasihat,
tapi nasihat tidak semestinya pada orang..
Tetapi pada isi yang hendak dikongsi bersama..

Renung2kan.. Fikir2kan..
Semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang2 beriman..
InsyaAllah..

Salam.. Sekian..
p/s- hati ak nk memberontak ketidakpuasan.. tapi akal ak mengingatkan ak mengenai silam yang tidak boleh ak lupakan.. thanks..