Followers

Thursday, December 04, 2008 / Posted by Muhammad Danny /

Jam di komputer menandakan 5.02 pagi..
Seperti biasa, aku masih tidak lena..
Terlalu bersemangat dengan projek agaknya..
Baru sahaja menyiapkan Paperwork..
Yang telah dipadatkan kepada saiz A5..
Tidak sabar untuk menunjukkan kepada sahabat ku..
Pastinya, sahabat ku hanya akan memandang enteng terhadap hasil kerja ku..
Tidak mengapa.. Hati ini sudah biasa..
Mengapa??
Kerana bagi sahabat ku, yang memuji adalah musuh..
Dan yang mengkritik adalah kawan..

Kehidupan beberapa hari ini agak memenatkan..
Hati ini, kadang gembira.. Kadang tidak..
Rindu akan rakan-rakan yang berada di kampung halaman..
Bermula dengan kepulangan wann dan ekin..
Sekarang, lann, ulfa dan nasir mengikut jejak..
Tinggal aku, fana, qurdz dan bibit yang menjadi penunggu..

Banyak yang berlegar dalam fikiran aku sekarang..
Ada yang aku mahu marah..
Ada yang mahu aku tegor..
Ada juga yang mahu aku puji..
Namun, keadaan tidak mengizinkan..
Kerana aku tidak minat untuk menulis(dalam blog) dengan kehadiran orang di sekeliling aku..
Mood hilang begitu sahaja..
Tidak syahdu agaknya..

Mungkin sedikit yang boleh aku ceritakan..
Kehidupan adalah proses pembelajaran..
Setelah aku meniti hari demi hari bergelar YDP..
Banyak suka duka dan paksa rela telah aku harungi..
Ada yang menjatuhkan, ada juga yang membangunkan aku..

Setiap kali Allah memberikan aku ujian..
Aku sedih dan putus asa..
Namun, ada sahaja rakan-rakan yang menghulurkan bantuan..
Namakan sahaja, mereka ada jalan untuk membantu..
Dari segi kewangan, buah fikiran, semangat mahupun keringat..

Aku bersyukur keatas hadrat Ilahi..
Dikurniakan dengan rakan-rakan yang banyak membantu..
Semoga mereka sentiasa dilindungi..

Dikala aku sedih atau bosan..
Aku gemar mengimbas kembali hari-hari yang telah aku lalui..
Sering kali terngiang-ngiang nasihat rakan-rakan..
Sering kali juga wajah mereka muncul dalam ingatan aku..
Aku hanya mampu tersenyum tanda gembira dan syukur..

Bagi aku, hanya nasihat yang dapat menaikkan semangat aku..
Bukannya pujian yang melampau..
Bukannya pujian yang membongkakkan diri..
Bukannya pujian yang menghancurkan diri..
Tapi pada nasihat yang menyentuh jiwa dan kalbu..
Nasihat yang dapat menitikkan air mata..

Ada kalanya, air mata mengalir apabila teringat akan nasihat sahabatku..
Mengapa??
Kerana aku tahu, ramai yang menjaga aku..
Kerana aku tahu, ramai yang menyokong aku..
Kerana aku tahu, ramai yang mahu melihat aku berjaya..

Terlalu optimis??
Aku yakin dengan rakan-rakan ku..
Aku tahu mereka tidak berlakon atau berpura-pura..

Terima kasih rakan-rakan ku..
Jari disusun memohon ampun andai tersilap tutur kata bahasa..
Semoga kalian sentiasa gembira di sisi orang tersayang..
Andai aku pergi lebih awal dari kalian..
Doakan lah aku ditempatkan bersama orang-orang seperti kamu..
Yang telah banyak membantu aku..

Kepada rakan-rakan ku yang berada di kampung halaman..
Aku rindu kamu semua..
Pulanglah secepat mungkin..
Banyak yang hendak dikongsikan bersama..
Aku menanti kepulangan kalian..

Post ini ditujukan kepada nama-nama yang disebut diatas..

2 comments:

Comment by HaziratulQuds on December 4, 2008 at 2:15 PM

apsal post abg niw cam sedey jew??
hu??

Comment by Muhammad Danny on December 4, 2008 at 4:44 PM

mana x nyer..
baca diiringi ngan lagu yang mendayu..
hkhk..
kalu keras ati, sure2 lembot gak..

Post a Comment