Followers

Tuesday, December 02, 2008 / Posted by Muhammad Danny /

Jam di komputer menandakan 2.17 pagi..
Aku masih berada di pejabat ku..
Baru sahaja selesai menyiapkan surat dan belanjawan untuk dihantar esok hari..
Bibit sedang gigih menyiapkan surat-surat yang lain..
Qurdz sudah berada dalam mimpi nya yang indah lagi syahdu..
Aziah, Nisa, Dayah dan Iz berada di Bilik Sumber menyiapkan tugasan mereka..
Fana sudah pulang ke kamar untuk beradu meninggalkan aku menyiapkan kerja..
Kini aku keseorangan dengan mood untuk menjadi penulis di alam maya..

Ayat pada post ini mungkin agak berbunga..
Pelajar sastera katakan..
Kiranya, aku hendak bercerita sedikit..
Mungkin juga dilihat sebagai memberi respon terhadap post sahabat aku..
Bukan pada seseorang..
Tetapi kepada dua orang..

Topik?? Menegur..
Ada yang berpendapat, menegur itu ibarat menjaga tepi kain orang..
Ada yang berkata, menegur itu 'bajet bagus'..
Ada pula yan melihat menegur itu ibarat menyibuk..

Menegur selalu dikaitkan dengan pandangan yang negatif oleh mereka yang tidak dapat menerima teguran..
Namun dalam melihat sesuatu perkara mahupun objek..
Tuhan kurniakan kita AKAL untuk mentafsir sebelum menerima..
Dengan kata lain.. Jgn terima membabi buta @ tidak ketahuan..

Aku ada seorang sahabat..
Sahabat aku itu banyak memberi cabaran dan dugaan terhadap aku..
Jemu dan luak aku di ajar untuk memancing..
Benci dan bosan aku memikirkan penyelesaian..
Nyampah dan sakit hati aku mencari jalan..

Seketika aku hilang harapan..
Seketika aku naik bosan..
Seketika aku terasa hendak mengamuk..

Namun.. Aku teringat bahawa..
Aku di ajar untuk berfikir..
Secara optimis, positif dan skeptikal..
Maksudnya??
Terima satu perkara dan fikir sedalam-dalamnya..
Jika ianya betol, kita terima..
Jika ianya salah, kita perbaiki..

Itulah yang menjadikan aku kuat dan yakin dalam melakukan sesuatu..
Bila terkenang kata2-kata sahabat ku itu..
Aku sedar dan tahu bahawa, pentingnya berfikir dan pentingnya untuk menimbangkan semua aspek sebelum membuat keputusan..

Mengapa??
Kerana..
Sebagai nahkoda, jika kita tidak dapat mengubah arah angin.. Ubahlah laluan pelayaran..
Tak paham??
Fikir-fikirkan..
Aku tidak mahu menyuap kalian..
Tapi aku mahu kalian belajar memancing seperti mana ak lalui..
Itulah kemanisan dalam berkawan..
Itulah kemanisan dalam berbual dan berbicara..

Selesai di mukadimah dan sedikit sejarah apa yang telah aku pelajari..
Aku kaitkan dengan apa yang berlaku di kini hari..

Senario: Kawan ku di tegur oleh sahabat ku..
Masalah: Kerana etika kerja..
Konflik: Apabila kawan ku dimarahi..
Klimaks: Kawan ku tidak dapat menerima
Penyelesaian: Mari kita rungkai sama-sama..

Dalam melihat perkara ini..
Hubungan tidak seharusnya dikaitkan..
Baik dia seorang abg, kakak, adik, dsb nya..
Mengapa?? Kerana..
Nasihat bukan pada orang yang berkata, tetapi pada nasihat itu sendiri..

Aku percaya, orang yang menegur kita itu, sebenarnya sayang akan kita..
Tapi tidak bermakna apabila dia tidak menegur, dia tidak sayang..

Jadi, kenapa perlu merajuk??
Erm..
Mungkin pada cara seseorang itu..
Mungkin pada kata-katanya..
Mungkin juga pada waktu yang salah..

Bagi aku sendiri..
Aku pernah dimarahi dengan teruk..
Dianggap buta, gila dan sebagainya..
Namun, kita terima sahaja dahulu..
Jangan lawan dan jangan berdalih..
Terima dan tafsir..
Betul atau tidak dengan apa yang telah kita lakukan..
Jangan manis terus ditelan..
Pahit terus dibuang..

Bila kita sudah sedar ngan apa yang telah kita lakukan..
Tuhan kurniakan kita mulut gak..
Untuk kita bersuara..
Tanya dah perbetulkan keadaan..
Jangan hanya berdiam bila ad masalah..


Membisu tidak bawa kita ke mana..
Membisu tidak menyelesaikan masalah..

Kepada KAWAN dan SAHABAT ku.. Aku tahu kalian membaca post ini..
Fikir-fikir dan renung-renungkan..

Kepada Kawan ku..
Fikirkan buat sejenak..
Jika kamu salah, akui kesalahan..
Jika kamu betol, suarakan..
Jangan gunakan teori domino dalam kerja mu..
Jangan melatah apb kamu dicuit..
Merajuk tidak menyelesaikan masalah..
Malah hanya mengeruhkan keadaan dan hubungan..

Sahabat ku pula..
Aku mungkin tdak sehebat kamu dalam berkata..
Namun, aku di ajar untuk mentafsir dan menilai apa yang berlaku..
Jangan lupa sahabat ku..
Engkau yang mengajar aku melakukan sedemikian..
Ego aku berkurang dek kerana menikut nasihat mu..
Begitu juga harus kamu lakukan..
Ego tidak membawa kita kemana..
Banyak yang aku belajar dari kamu..
Banyak juga yang harus kamu turuti kata-kata mu sendiri..
Mengapa??
Kerana engkau mengajar aku buat serupa bikin..
Jangan lupa kata2 mu sendiri..

Kepada kalian d luar sana..
Aku tidak bangga untuk memberi nasihat..
Ilmu di dada sememangnya tidak cukup untuk melakukan sedemikian..
Namun pemerhatian dan pengalaman mengajar aku erti hidup..
Ada ketika aku gembira bersama kawan dan sahabat ku..
Ada ketika aku benci akan mereka dari jiwa yang kecil ini..
Mengapa aku bertahan??
Kerana aku tahu dan sedar, sume itu godaan syaitan durjana..

Sentiasa ingat nasihat-nasihat orang pada kamu..
Kenangkan.. Dan kamu akan rasa sentiasa dihargai..
Percayailah kata-kata ku..
Kerana itulah yang telah aku lakukan sejak 26/7..
Detik yang telah merubah segala-galanya..
Namun.. Aku sentiasa gembira..

Akhir kalam.. Ampun dan maaf andai tersilap kata bicara..
Hati kerdil bertubuh besar mohon mengundur diri..
Sekian salam dari penulis..

0 comments:

Post a Comment