Followers

Dilemma

Friday, December 05, 2008 / Posted by Muhammad Danny /

1.19am..
Aku kini di bilik..
Tidak menggunakan laptop sendiri seperti biasa..
Mahu chatting bersama rakan, tetapi tiada yang aku berkenan pada tika ini..
Akal dan fikiran aku terlalu banyak berfikir..

Bagi diri aku..
Selain daripada isu rakan dan sahabat ku..
Isu famili menjadi sesuatu yang sangat sensitif untuk disentuh..
Ada lagi beberapa perkara yang aku tidak gemar untuk sentuh..
Namun, post ini hanya akan fokuskan kepada isu keluarga sahaja..

Aku kira, pembaca blog aku tahu akan pemergian abg aku pada tanggal 2/9/2006..
Jika tidak tahu, sila baca entri-entri sebelum ini..

Dalam masa 2-3 minggu ini..
Aku sering mendapat tahu bahawa rakan-rakan ku lebih diperlukan dirumah..
Setakat ini, sudah 3 mesej yang aku terima..
Masing-masing meminta kebenaran untuk pulang lambat bagi menghadiri perkampungan..

Yang pertama..
Tinggal berdekatan sahaja..
Ingin pulang selepas 15hb kerana mahu bercuti bersama ayahnya..

Yang kedua.
Tidak akan hadir langsung..
Atuk sakit.. Ayah dan ibu pula berkerja jauh..
Rumah nye di sabah.
Meminta kebenaran untuk tidak hadir..
Risau akan menyebabkan teman-teman seangkatan tersinggung..

Yang ketiga pula..
Ibunya akan masuk wad pada 16hb ini.,
Ada operation yang harus dijalani..
Anak sulung yang mahu menemani ibunya..
Juga akan menyusahkan kerana menaiki motor dari perlis..
Tidak logic untuk berulang katanya..

Apa motif aku menceritakan semua ini??
Aku pun tidak pasti..
Ketika ini, kata-kata sahabat aku dikala bulan april itu berlegar dalam fikiran aku..
Antara menghadiri kursus AUG dan menghantar adik nye ke matriks..
Dia mahu hantar adik nye ke matriks.. Kerana, my family comes first..

Sehingga hari ini aku teringat kata-katanya..
Aku sedikit ssebanyak berubah..
Aku menjadi lebih flexible..
Apabila seseorang lebih diperlukan dirumah, pulanglah kamu..

Aku selalu mengingatkan kawan-kawan ku..
Bezakan diantara tanggungjawab dan komitmen..
Ianya berbeza pada situasi yang berlainan..
Jika kita tidak boleh membezakannya, aku risau mereka akan menyesal..

Kepada kalian yang lebih diperukan dirumah..
Duduk sahaja dirumah..
Aku tidak mahu kalian risau dan gelisah ketika berada disini..
Susah hati aku..
Perkampungan ini komitmen..
Family kamu tanggungjawab..

Sekian.. Salam..

0 comments:

Post a Comment