Followers

MERDEKA KE-52 | KESEORANGAN DI KAMAR INI

Sunday, August 30, 2009 / Posted by Muhammad Danny /

11.41pm.. G2 101..

Masa berganti masa.. Jam terus menerus berdetik..
Putaran demi putaran berlaku..
Menandakan masa tidak pernah menunggu malah kita haru mengejar..
Tidak pernah sekali bergerak seiringan tapi sentiasa terkehadapan..

Beberapa minit lagi, tibalah saat yang dinanti2kan 52 tahun yang dahulu..
Perasaan yang cukup berbangga bagi sebuah negara yang telah berusia 52 tahun..
Blog2 penuh dengan ucapan sambutan kemerdekaan..
YM dan FB tidak ketinggalan dalam perkara yang sama..

Namun berapa ramai diantara kita tahu akan erti merdeka itu sendiri..
Adakah sekadar sambutan sepanjang 15/8 sehingga 15/9??
Adakah sekadar perarakan dan hiasan pada kereta dengan jalur gemilang??
Adakah sekadar retorik2 kosong pemimpin politik apabila tibanya 31/8??

Merdeka tidak seharusnya hanya menjadi laungan..
Merdeka tidak pula seharusnya disambut dengan hiburan..
Merdeka juga tidak wajar sama sekali dilupakan begitu sahaja..
Merdeka tidak boleh langsung dan tidak mungkin dirasai seperti 52 tahun yang lalu..

Hari ini kita bermegah2 dengan istilah merdeka i2..
Kita melaungkan sekuat2nya dengan tapak tangan terbuka..
Kita bergelak tawa riang menyambut tanpa kita memahami perjuangan dahulu..

Merdeka i2 bukan sambutan..
Merdeka i2 penghayatan..
Ianya disambut dengan mengenangkan kembali perjuangan terdahulu..
Innya disambut bagi mengenang jasa2 mereka yang telah berjuang..
Bukan sekadar UMNO yang ditubuhkan pada 1946..
Tapi pemimpin2 yang berjuan sejak tahun 1511..
Apakah kita lupa akan sejarah Malaysia yang dijajah selama 498tahun??

Ghandhi pernah berkata
"Jangan gantung gambar2 ak..
Jangan letakkan muka2 ak pada jalan2 raya..
Tapi, ingatlah ak dalam hati"
[Dy x cakap BM ah.. petikan dari satu citer dy]

Kawan2 diluar sana..
Jika benar kita merdeka, bebaskanlah pemikiran kita dari segala bentuk penjajahan..
'Bebas' i2 sgt2 sukar untuk dilakukan..
Tapi ad baiknya jika kita mencuba..
Jika hari ini kita masih lagi dijajah, esok lusa kita kecewa melihat tanah air ini jatuh kembali..

Kawan2..
Merdeka bukan sekadar sambutan dan perarakan..
Ianya tarikh yang sepatutnya kita bersyukur ke hadrat ilahi..
Tarikh yang sepatutnya kita mengingati pejuang2 kemerdekaan..
Tarikh yang sepatutnya membuka mata2 kita untuk terus mempertahankan negara ini..

Kawan2..
Jika hari ini kita bergaduh, amik lah kesempatan ini untuk berbaik semula..
Kejayaan sebuah negara bergantung pada aktornya yakni kita..
Kejayaan sebuah bangsa bergantung pada aktornya yakni kita..

Salam Kemerdekaan ke-52..
Sekian dari anak watan yang kian melupakan erti kemerdekaan..

3 comments:

Comment by Ashley Ahmed on August 31, 2009 at 5:38 AM

Salam merdeka!

Comment by Muhammad Danny on August 31, 2009 at 5:51 AM

Salam merdeka juga..
ingat, hayati dan bukan sekadar sambutan + laungan

Comment by helang timur on September 2, 2009 at 2:37 AM

salam merdeka. (x tlmbt lg kot?)
love this entry. dan ia buat sy terfikir....
:)

Post a Comment