Followers

MASALAH | BALANG KACA

Monday, June 01, 2009 / Posted by Muhammad Danny /

1.51am.. G1 203..

Hari yang cukup memenatkan ak..
Bermula dengan kesedihan pada awal pagi..
Malam hari berubah menjadi ceria..
Dan sekarang ak sedang berada di hadapan laptop ak untuk berkongsi sesuatu yang kian manusia leka dan lalai..

Ak percaya, setiap orang mempunya cara tersendiri dalam menyampaikan entri..
Ad yang suka mengarang seperti karangan dengan perenggan..
Ad yang suka meng'center'kan setiap baris ayat..
Ak pula suka membuat entri yang ala2 rangkap pantun supy senang dibaca..

Melihat akan senario yang sedang berlaku sekarang..
Ak teringat akan nasihat warden ak-Pak Rod ketika di zaman sekolah teknik..
Sememangnya nasihat2 nya hingga kini segar dalam ingatan ak..
Satu perkaitan yang cukup rapat dengan kita dalam melihat sesuatu perkara..

_____________________________________

Didalam sebuah makmal sains, seorang guru memberikan tugasan kepada anak muridnya..
Sebuah balang kaca disediakan untuk 2 kumpulan..
Dalam masa yang sama, batu yang pelbagai saiz serta bentuk dibekalkan..
Ad yang BESAR, SEDERHANA, KECIK dan juga PASIR..
Arahannya cukup mudah, penuhkan balang kaca tersebut dengan bahan yang telah disediakan..
Namun tidak ada jalan kerja yang spesifik diberikan..

Pasukan A mengambil langkah 'senang didahulukan'..
Dimulakan dengan pasir -> kecik -> sederhana dan diakhiri dengan besar..

Pasukan B pula mengambil langkah yang sebaliknya..
Dimulakan dengan besar -> sederhana -> kecik dan diakhirinya dengan pasir..

Namun hasilnya ternyata berbeza..
Pasukan A TIDAK BERJAYA memasukkan semua bahan kedalam balang tersebut..
Dengan mempunyai rongga2 diantara batu tetapi mampat dibahagian bawah..
Pasukan B pula BERJAYA memasukkan semua bahan kedalam balang..
Rongga2 antara batu tidak begitu ketara dan ternyata ianya sekata..

Kelas tamat dan Cikgu meminta disediakan report mengenai hasil kajian..
Tanpa ap2 perbincangan lanjut dalam makmal, para pelajar pulang ke kelas..
Ternyata ad yang gembira dengan hasil, namun ad juga yang keliru dengannya..

_____________________________________

I2 cerita dalam makmal yang tidak diterangkan oleh Cikgu..
Tapi didunia yang nyata ini, tidak adil jika hasil pembelajaran hanya pada buku..
Ianya harus diaplikasikan dalam kehidupan kerana sains dan sastera bergerak seiringan..
Sains mengkaji sesuatu yang baru.. Sastera meletakkan satu kod etika utk dipatuhi..
Tapi ini bukan ap yang hendak disampaikan..

Jika Cikgu itu sempat menerangkan mengapa Pasukan A gagal dan Pasukan B pula berjaya..
Pasti dan saya pasti, dia akan melihat pada aturan masuk bahan2 tersebut kedalam balang..
Sepatutnya batu2 dimasukkan terlebih dahulu sebelum pasir..
Ap kaitan dengan hidup lak??

Dalam hidup pn mcm 2 gak..
Balang kaca ibarat persekitaran kita..
Batu besar ibarat masalah besar..
Dan pasir ibarat masalah kecil yang kian hadir dalam hidup..

Jika kita mengutamakan yang kecik dahulu, bila dan bagaimana BESAR mempunyai masa??
Sepatutnya kita mengutamakan ap yang lebih penting iaitu batu dan bukannya pasir..
Ruang2 antara batu sememangnya senang ditembusi oleh pasir2 yang halus..

Begitu juga dengan kehidupan..
Masalah yang kecil boleh diselesaikan dan dimuatkan dikala yang besar sedang dalam proses..
Mungkin juga yang kecik itu diselesaikan dalam masa yang sama..
Tetapi tidak mungkin yang besar bioleh diselesaikan jika kita mengutamakan yang kecik..

Pecahan wajar sentiasa menjadi pilihan..
Yang kecik harus berada diatas yang besar..
Supaya yang besar dapat memandu kerah kebaikan dengan kecik diatasnya..
Dan tidak mungkin sebuah Kancil menarik Exora..

Manusia hari ini kian leka sebenarnya..
Didalam meniti hari2 bergelar manusia,
diakui bahawa kita tidak maksum malah melakukan kesilapan..
Tapi kita tidak berusaha untuk memperbaikinya..

Kita seringkali membesarkan hal yang kecik sedangkan ianya tidak penting..
Lantas, ianya menjadi besar dan masalah yang besar pada awalnya tidak selesai..
Jika keadaan bertambah parah, kita mula menunding jari pada kawan2 yang turut join sekaki..
Walhal, ianya kesilapan dari kita yang terlalu mengikut EMOSI..

Sedar tak sedar, setiap orang melakukannya..
Yang beza hanyalah pada kekerapan serta masalah yang terjadi..
Jika sekali dua, tidak mengapa rasanya..
Tetapi jika ianya berulang dan point yang sama tetap digunakan, saya kira ianya tidak patut..

Mungkin ak tidak mahir dalam menceritakan sesuatu..
Mungkin gak ak tidak layak tk berikan nasihat..
Tapi ak nampak dan ak menilai perkara diseliling ak..
Apatah lagi jika ak sayang pada benda i2..

Ak sentiasa berharap bahawa dalam balang tersebut i2 tidak bercampur dengan serbuk simen..
Kerana ak khuatir air yang datang secara tidak sengaja akan mengeraskannya..
Begitu juga ak harap tidak ad yang menghasut supaya ianya menjadi lebih rancak..
Kerana ak khuatir air mata akn mengeraskan hati segelintir manusia..

Dan paling teruk, jika simen i2 hendak dileraikan, hanya pahat dan tukul jawapannya..
Dan paling sadis, apabila persahabata tinggal kenangan jika ianya musnah begitu sahaja..

Penat lelah kita membina sesuatu, jangan kerana satu perkara kita musnah...
Renung2kan.. Fikir2kan..

Salam.. Sekian..
p/s- harap korang paham ngan ap yang ak nk sampaikan.. sebb sume terperangkap dalam nafsu serta ego yang kian melampau hinggakan yang haq menjadi batil..
p/p/s- ak bersuara kerana ak sayang.. bukan sat orang.. tetapi satu pasukan..

2 comments:

Comment by akimsensei on June 2, 2009 at 6:41 PM

mantap dan mendalam..

Comment by Muhammad Danny on June 2, 2009 at 10:34 PM

thanks akim..
tapi rasa kena betulkan lagi..
banyak lubang2 yang perlu diperbaiki..
n agak sush act sebb x mendalami ag..

btw, thanks again..

Post a Comment