
6.37pm.. Pejabat Kebudayaan
Baiklah, seperti yang ak dh janjikan ri2..
Ak nk update atau gtau sal sistem Park n Ride yg UKM perkenalkan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Secara mudahnya, Sistem Park and Ride [selepas ini disebut sebagai 'Sistem ini'] ini adalah sama sahaja pengaplikasiannya dengan apa yang berlaku di Putrajaya. Sistemi ini dipilih dan dicadang setelah mengambil kira permasalahan yang kian merunsing dalam isu parking dikalangan pelajar dan aduan-aduan yang mengatakan bahawa hanya kakitangan sahaja yang diberikan keutamaan. Sepertimana yang berlaku di Putrajaya, Sistem ini akan menggunakan perkhidmatan bas bagi menghubungkan pelanggannya ke destinasi-destinasi yang kerap kali dikunjungi. Perkhidmatan sistem ini akan bermula pada 1 Julai 2009 atau satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.Antara objektif Sistem ini adalah bagi:
[i] Mengatasi masalah kekurangan parking
[ii] Membendung kesesakan lalu lintas ketika peak hours
[iii] Menjimat kos daripada membina parking bertingkat
[iv] Mengelakkan kompaun serta saman bagi yang menggunakan ruang parking reserved Proses
Sistem ini pula adalah seperti berikut:
[i] Semua kereta hendaklah diletakkan di Dataran Wisma Aman yang boleh memuatkan sebanyak 250 buah kereta pada satu2 masa..
[ii] Naiki bas dan ke destinasi anda dengan kekerapan selama 7 minit [7.00am-8.30am & 4.30pm- 6.00pm] dan kekerapan 20 miinit bagi waktu-waktu senggang.
[iii] Bas hanya akan mengelilingi lalaun Lingkungan Utama@Zon 1 sahaja [sila rujuk rajah bagi mengetahui rajah perjalanan]
[iv] Kereta tidak dibenarkan sama-sekali diletakkan disepanjang FPI-FSSK-PTSL-FEP-FST. Tempat-tempat parking tersebut akan ditanda bagi pensyarah dan juga kakitangan berpangkat tinggi sahaja.
[v] Bagi pelajar-pelajar yang ingin ke Lingkungan Utama [pemandu kereta sahaja], anda haruslah menggunakan Sistem ini.
[vi] Bagi pelajar-pelajar KPZ, perkhidmatan Bus Zon 2 adalah seperti biasa, jadi sistem ini tidak akan mengganggu perjalanan kita
[vii] Bagi Fakulti/Pusat/Institut di Lingkungan Ke2, kita tidak terlibat langsung.
[viii] Bagi yang membawa motorsikal, tempat parking anda adalah seperti biasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
I2 sajalah dari aku..Arap2 sume akan puas hati ngan apa yang UKM cube buat tk kita..
Jgn cakap je, tapi berusahalah tk bagi pendapat dari mengutuk mcm2..
Salam.. Sekian..
p/s: windu....






0 comments:
Post a Comment